Salam sejahtera semua.. lama sudah saya tidak update blog ini kan.. maafkan saya ye.. ok untuk itu saya nak buat satu entri tapi bukan undian la cuma mahukan cadangan dari anda semua..
Saya mahu senaraikan blog-blog yang memaparkan entri tempat makan yang best di seluruh Malaysia atau pun dunia. tujuannya adalah untuk menjadi rujukan kepada kita semua bila mahu mencari tempat makan yang best..
Sebelum anda mahu cadangkan blog tersebut, pastikan blog itu sekurang-kurangnya ada 70% entri yang berkaitan tentang tempat makan yang dia pergi ye.. tidak kira la blog tersebut dalam BM atau BI.. harap anda faham, kalau tak sila tanya..
Macam mana nak cadangkan? senang saja, tidak perlu buat entri.. anda hanya tulis di ruangan komen bawah ini :
- Nama dan link blog anda.
- Senarai blog makan-makan pilihan anda.
Mudah saja kan.. anda cadangkan seberapa banyak yang anda mahu.. jadi apa lagi.. sila la cadangkan.. terima kasih kerana sudi memberi cadangan..